Tuesday 3 February 2015

PIZZA TELUR

0 comments
Fuh, and this is my sixth post. 


BAHAN-BAHAN :

2 biji telur
½ hotdog potong bulat2 nipis2
Ayam gaul dengan black pepper+garam 
Sebiji tomato cherry potong dadu
½ keping cheese potong dadu

CARA-CARANYA 

1. Pukul telur sehingga kembang, kemudian tuang dalam non-stick frying pan [tak yah minyak] / kuali (minyak sesudu).
2. Kira sampai 10 atau lapisan bawah telur dah masak sikit.
3. Tabur semua bahan2 hotdog/ayam/tomato dan last sekali cheese.
4. Kemudian hidupkan api. 
5. Masak sehingga bahagian atas kering.



BUBUR AYAM

0 comments
Yup, if you get sick why don't you try to cook this kind of porridge? Fifth post. 


BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cawan beras

1 inci halia (dihiris halus)

Serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam
Sedikit isi ayam (dipotong-potong kecil)
Air secukupnya
1 biji lada merah
Sedikit daun bawang dan daun sup (hiris)
Bawang goreng
Ikan bilis goreng
Sedikit minyak bijan


CARA-CARANYA :

1. Masukkan air untuk rebus ayam sehingga empuk. Pastikan air rebusannya banyak untuk masak nasi, dan untuk 'kuah' bubur. Kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam. 
2. Basuh beras sehingga bersih dan masukkan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi. Asingkan sedikit air rebusan ayam yang ditambah garam dan secukup rasa takot nasi kembang dan kering. 
3. Semasa memasak nasi, kacau dan masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.
4. Selepas bubur dah masak, masukkan halia, serbuk perasa dan garam. 
5. Masukkan hirisan isi ayam ke dalam bubur. 
6. Siap. Hidangkan bersama hirisan lada merah, bawang goreng, ikan bilis goreng dan daun bawang/sup serta masukkan beberapa titik minyak bijan.


MEE GORENG BASAH

0 comments
Fourth post. 


BAHAN-BAHAN :

Sebungkus mee kuning 
Daun sawi 
Daun bawang 
6 ekor udang saiz sederhana
Setengah bungkus fishball
3 sudu besar cili boh
Sos tiram
Gula
Sos ikan
1 sudu serbuk perasa
Sedikit belacan
2 biji limau kasturi
2 Ulas bawang merah dan putih
Minyak
Kicap manis

CARA-CARANYA :

1. Tumis bawang merah dan putih. Tunggu sehingga kekuningan.
2. Bancuhkan cili boh, sos tiram, sos ikan, gula, serbuk perasa, perahan limau dan kicap manis. 
3. Bancuh sedikit air panas dan gaul sebati.
4. Bila bawang dah sedikit kekuningan masukkan campuran pelbagai sos cili boh dan sos tadi.
5. Balik-balikan sehingga cili masak. Nampak dah naik minyak tu, tunggu dalam 5 minit. Rasa sedikit dahulu. 
6. Masukkan sotong, udang dan fishball. Kacau sehingga sederhana masak.
7. Masakkan mee dan goreng-gorengkan sehingga agak garing tetapi tidak kering.
8. Akhir sekali, masukkan potongan sawi dan daun bawang.




MASAK LEMAK CILI API UDANG GALAH

0 comments
Third post. Here we go.


BAHAN-BAHAN :

Udang galah segar sebarang saiz
Santan pekat
Kunyit hidup ditumbuk halus
Cili padi ditumbuk halus
Bawang putih ditumbuk halus
Bawang merah ditumbuk halus
Serai dititik
Daun kunyit dihiris2 halus
Asam keping
Garam

CARA-CARANYA : 

1. Masukkan santan dalam kuali dan panaskan.
2. Masukkan juga bahan2 tumbuk, serai daun kunyit asam keping dan garam. 
3. Bila dah mendidih masukkan udang galah. Dah siap.


ASAM PEDAS IKAN PARANG

0 comments
My favourite food as well. Second post, asam pedas!


BAHAN-BAHAN :

Ikan parang siap dibersihkan dan dipotong kecil
Bawang merah ditumbuk
Bawang putih ditumbuk
Cili merah/cili kering ditumbuk halus2
Serai dan kunyit hidup ditumbuk halus2
Lengkuas ditumbuk halus2
Buah keras ditumbuk halus2
Asam jawa
Daun kesom
Bunga kantan
Bendi
Garam secukup rasa
Minyak masak
Air

CARA-CARANYA:

1. Masukkan minyak masak dalam kuali, panaskan.
2. Masukkan bahan2 tumbuk dan tumis sampai naik bau wangi, dah pecah minyak.
3. Masukkan air dan air asam jawa, kacau sampai mendidih baru masukkan ikan sehingga masak.
4. Kemuadian, masukkan bendi bunga kantan dan daun kesom.
5. Masukkan garam, dah siap.


ROTI TELUR BURGER

0 comments
Hello there! So this is my first post. :)


CARA-CARANYA :

1. Panaskan butter dalam kuali. Masukkan burger ayam/daging/sosej ikut suka. Cucuk-cucuk sikit supaya burger tak keras. Kemudian balik-balikkan sampai masak.
2.Pecahkan telur ayam dalam mangkuk. Taburkan sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam jika suka. 
3.Celupkan roti. Kemudian masukkan dalam kuali panas. Gunakan Lebihan mnyak butter tadi.
4.Balik-balikkan sampai kekuningan.
5.Letakkan sekeping cheese kalsium tinggi diatasnya ketika masih panas. Cheese akan cair dan melekat pada roti.
6.Letakkan pula burger panas diatasnya.
7.Sapukan mayonnaise dan cili sos/tomato sos ikut suka. Taburkan hirisan timun segar dan bawang besar. Renjis kan sedikit lagi serbuk lada sulah kalau suka lebih pedas hangat.
8.Tutup dengan satu lagi roti goreng bersalut telur.
9.Tambahkan sedikit kacang panggang dalam tin. Ikut selera masing-masing.
 

Lady Bird Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template