Tuesday 3 February 2015

MEE GORENG BASAH

Fourth post. 


BAHAN-BAHAN :

Sebungkus mee kuning 
Daun sawi 
Daun bawang 
6 ekor udang saiz sederhana
Setengah bungkus fishball
3 sudu besar cili boh
Sos tiram
Gula
Sos ikan
1 sudu serbuk perasa
Sedikit belacan
2 biji limau kasturi
2 Ulas bawang merah dan putih
Minyak
Kicap manis

CARA-CARANYA :

1. Tumis bawang merah dan putih. Tunggu sehingga kekuningan.
2. Bancuhkan cili boh, sos tiram, sos ikan, gula, serbuk perasa, perahan limau dan kicap manis. 
3. Bancuh sedikit air panas dan gaul sebati.
4. Bila bawang dah sedikit kekuningan masukkan campuran pelbagai sos cili boh dan sos tadi.
5. Balik-balikan sehingga cili masak. Nampak dah naik minyak tu, tunggu dalam 5 minit. Rasa sedikit dahulu. 
6. Masukkan sotong, udang dan fishball. Kacau sehingga sederhana masak.
7. Masakkan mee dan goreng-gorengkan sehingga agak garing tetapi tidak kering.
8. Akhir sekali, masukkan potongan sawi dan daun bawang.




0 comments:

Post a Comment

 

Lady Bird Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template